Akses kepada dan penggunaan MELILEA dan produk serta perkhidmatan yang boleh didapati melalui laman web ini adalah tertakluk kepada Syarat-syarat Penggunaan. Perkataan ‘kami’, ‘kita’ dan ‘MELILEA’ bermaksud MELILEA (Malaysia) Sdn Bhd, MELILEA International dan Kumpulan Syarikat MELILEA International. Istilah ‘anda’ adalah merujuk kepada Pengedar, pelanggan dan orang ramai.

Pengesahan & Penerimaan Syarat-syarat Penggunaan
Syarat-syarat penggunaan pada masa ini diguna pakai tetapi mungkin dipinda atau diedit dari semasa ke semasa. Sila baca syarat-syarat dengan teliti sebelum anda menggunakan laman web ini. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju secara nyata untuk terikat dengan syarat-syarat ini seperti seadanya kerana atau sebagaimana yang dipinda atau diedit dari semasa ke semasa dan mengakui bahawa anda telah membaca, memahami dan menerimanya. Walau bagaimanapun, jika selepas membaca syarat-syarat penggunaan ini dan anda tidak bersetuju dengannya maka anda mesti menghentikan penggunaan laman web ini.

Undang-undang
Semua perkara dan isu-isu berkaitan dengan penggunaan atau interpretasi syarat-syarat penggunaan akan ditadbir urus oleh undang-undang Malaysia untuk warga Malaysia dan/atau penduduk tetap.

Tujuan Penggunaan
Laman web ini adalah laman web perniagaan dan komersil, oleh itu ia tidak dicadangkan untuk mereka yang di bawah umur 18 tahun. Jika anda berumur di bawah 18, anda harus meminta kebenaran daripada ibu bapa, penjaga, atau orang dewasa yang bertanggungjawab sebelum menggunakan laman web ini.

Penafian dan Had Liabiliti
Maklumat, bahan-bahan dan perkhidmatan yang terkandung di laman web ini disediakan kepada anda berdasarkan “seperti seadanya”, dan “yang tersedia”. Kami tidak menjamin ketepatan atau kesempurnaan maklumat, kenyataan, kandungan atau bahan-bahan ini dan menafikan sebarang liabiliti bagi apa-apa kesilapan, peninggalan dan/atau ketidaktepatan dalam maklumat, kenyataan, kandungan dan bahan-bahan ini. MELILEA hendaklah berusaha sebaik boleh tetapi tidak wajib untuk membetulkan sebarang ketidaktepatan, kesilapan, peninggalan atau kesilapan tipografi dalam maklumat yang diposkan ke laman web ini, dan maklumat tersebut termasuk maklumat mengenai harga dan ketersediaan barang-barang boleh ditukar, dipinda atau dikemaskinikan tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu.

Sehingga ke tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang, melainkan jika dinyatakan sebaliknya, kami menafikan segala representasi dan waranti dalam apa jua bentuk, sama ada ternyata, tersirat atau berkanun.

Selain itu, kami juga tidak menjamin atau membuat apa-apa representasi mengenai keselamatan akaun, atau bahawa laman web ini adalah bebas daripada bahan yang merosakkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada virus komputer, penggodam, atau sabotaj teknikal lain, mahupun kami tidak menjamin, atau membuat apa-apa representasi bahawa akses kepada laman web ini boleh dilakukan sepenuhnya pada setiap masa, tanpa gangguan, atau bebas daripada kesilapan.

Sehingga ke tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang, kami menafikan liabiliti bagi sebarang kerosakan termasuk, tanpa had, secara langsung atau tidak langsung, khas, sampingan, pampasan, teladan atau berbangkit kerosakan, kerugian atau perbelanjaan, termasuk tanpa had pesanan hilang atau salah arah, hilang keuntungan, hilang pendaftaran, hilang nama baik, atau kehilangan atau kecurian program atau data lain, yang mana ia disebabkan dan di bawah sebarang teori liabiliti yang timbul daripada atau berkaitan dengan

i)   penggunaan laman web ini, atau ketidakupayaan untuk melihat laman web ini oleh mana-mana pihak; atau

ii)  sebarang kegagalan atau pelaksanaan, kesilapan, peninggalan, gangguan, kecelaan, kelewatan dalam operasi atau transmisi; atau

iii) kegagalan talian atau sistem atau pengenalan virus komputer, atau sabotaj teknikal lain, walaupun sekiranya kami atau pekerja atau wakil kami menasihatkan tentang kemungkinan atau kebarangkalian berlaku kerosakan, kerugian atau perbelanjaan tersebut.

Sekiranya mana-mana peruntukan(-peruntukan) yang terkandung dalam Syarat-syarat Penggunaan ini dianggap tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan atas apa jua sebab, ketidaksahan atau kegagalan pengkuatkuasaan tersebut tidak akan menjejaskan syarat-syarat berikutnya yang akan dibuat dan dikuatkuasakan seolah-olah ketidaksahan atau kegagalan penguatkuasaan syarat(-syarat) atau peruntukan(-peruntukan) tersebut tidak pernah wujud. Kegagalan MELILEA untuk menegas atau menguatkuasakan pelaksanaan ketat mana-mana syarat(-syarat) atau peruntukan(-peruntukan) yang terkandung di sini tidak boleh ditafsirkan sebagai pengecualian mana-mana syarat, peruntukan atau hak.

Harta Intelek
Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua reka bentuk laman web, teks dan grafik adalah Hakcipta 2014 MELILEA (M) Sdn Bhd. Semua hakcipta adalah terpelihara. Selain yang dinyatakan di sini, tiada sebarang bahan boleh disalin, dimuat turun, dipaparkan, disiarkan, dihantar, digunakan atau diterbitkan semula secara keseluruhan atau sebahagian dalam sebarang bentuk atau dengan apa-apa cara untuk sebarang tujuan kecuali penggunaan itu dibenarkan oleh MELILEA.

Tanda Dagang
Semua nama perdagangan, nama domain, jenama, simbol perdagangan, logo, slogan, tanda perdagangan atau tanda perkhidmatan yang mengandungi nama MELILEA dan sama ada diikuti dengan tanda asterisk (*) atau TM adalah tanda dagang atau keempunyaan MELILEA International dan Kumpulan Syarikat MELILEA. Terdapat nama perdagangan, jenama, simbol perdagangan, logo, slogan, tanda dagang atau tanda perkhidmatan dan nama syarikat lain yang dinyatakan di laman web ini yang merupakan hakmilik pemilik masing-masing.

Pautan
Laman web ini mungkin mengandungi beberapa pautan ke laman web Internet lain termasuk, tanpa had, iaitu laman gabungan lain dan laman web yang boleh memberikan nasihat atau barangan dan perkhidmatan lain yang dikendalikan oleh vendor pihak ketiga. Penyediaan pautan ini tidak bermakna kami menyokong atau menerima apa-apa tanggungjawab untuk kandungan, penggunaan, atau produk dan perkhidmatan yang disediakan melalui laman web yang berkaitan.

Dengan menggunakan pautan ini, anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab untuk tindakan, kandungan, ketepatan, privasi, polisi, pendapat yang dinyatakan, perkhidmatan yang diberikan, barangan yang dijual, atau pautan lain yang disediakan oleh laman-laman ini.

Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab sama ada secara langsung atau tidak langsung terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan atau pergantungan ke atas laman web yang dipautkan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai laman web ini, anda harus mengemukakannya terus dengan pentadbir laman berkenaan.

Penyelesaian Pertikaian
Apa-apa pertikaian yang timbul berkaitan dengan Syarat-syarat Penggunaan ini atau berhubung dengan penggunaan laman web MELILEA yang tidak dapat diselesaikan melalui rundingan ikhlas hendaklah dirujuk kepada pengantaraan atau timbangtara.

Tiada Penggunaan Yang Menyalahi Undang-undang atau Terlarang
Sebagai syarat penggunaan laman web ini, anda akan mematuhi semua undang-undang, statut, ordinan dan peraturan mengenai penggunaan perkhidmatan kami dan sebarang aktiviti berkaitan. Di samping itu, anda menjamin bahawa anda tidak akan menggunakan laman web ini untuk sebarang tujuan yang menyalahi undang-undang atau dilarang dalam undang-undang atau oleh syarat-syarat, peraturan dan notis ini. Anda bersetuju:

i.   Tidak memuat naik, mengepos, e-mel atau menghantar apa-apa kandungan yang menyalahi undang-undang, berbahaya, mengancam, kesat, mengganggu, memfitnah, lucah, memfitnah, invasif privasi pihak lain, kebencian, atau perkauman, etnik atau sebaliknya.

ii.  Tidak memuat naik, mengepos, e-mel atau menghantar apa-apa bahan yang mengandungi virus perisian atau sebarang kod komputer, fail atau program yang direka untuk mengganggu, membinasakan atau menghadkan fungsi mana-mana perisian komputer atau perkakasan atau peralatan telekomunikasi.

iii. Tidak mengumpul atau menyimpan data peribadi pengguna lain.

iv. Tidak mengganggu atau menggendalakan perkhidmatan atau perkhidmatan atau rangkaian yang disambungkan kepada perkhidmatan, atau tidak mematuhi sebarang keperluan, prosedur, polisi atau peraturan rangkaian yang disambungkan kepada perkhidmatan.

Penyerahan
Sebarang bahan, maklumat atau idea-idea yang anda hantar atau poskan ke laman web ini dengan apa-apa cara akan dilayan sebagai tidak sulit dan tiada yang empunya, dan mungkin akan disebar atau digunakan oleh MELILEA Malaysia atau syarikat-syarikat berkaitan dan sekutunya untuk sebarang tujuan, termasuk , tetapi tidak terhad kepada, penghasilan semula, penghantaran, penerbitan, penyiaran, pengiriman, perkembangan, pengilangan dan pemasaran produk. Walau apa pun, semua data peribadi yang diberikan kepada MELILEA Malaysia akan dikendalikan mengikut Polisi Privasi syarikat kami. MELILEA tidak bertanggungjawab untuk bertindak balas kepada mesej yang dihantar di laman web ini.

Keselamatan
Kami faham bahawa keselamatan adalah penting kepada anda apabila membeli-belah di Internet. Kami menjamin bahawa semua langkah yang munasabah untuk melindungi transaksi MELILEA anda telah diambil supaya anda mempunyai pengalaman membeli-belah yang selamat dan yakin seperti yang disediakan secara munasabah.

Apabila anda membuat pesanan melalui kart membeli-belah MELILEA dalam talian, transaksi anda adalah dilindungi dengan menggunakan teknologi penyulitan Secure Sockets Layer (SSL). Penyulitan melindungi semua maklumat yang dihantar di seluruh Internet, termasuk nama dan alamat. SSL juga mengesahkan identiti pelayan dan mengesahkan bahawa mesej asal tiba dengan selamat di destinasinya.