Satu jenama terkemuka yang memberi manfaat kepada kesihatan anda.

MELILEA International adalah sebuah syarikat perintis global hijau. Rangkaian produk berkualiti premium kami dibuat daripada sumber-sumber bukan toksik, semula jadi, organik, supaya semua orang di seluruh dunia boleh menjalani kehidupan yang sihat dan menikmati kehidupan mereka sepenuhnya. Dan apabila mereka memilih untuk berkongsi dan menyebarkan rahmat ini dari Alam Semesta, Melilea membantu, memberi panduan dan menjadi mentor mereka tentang cara untuk menguruskan perniagaan mereka sendiri dalam mengedarkan produk-produk ini dengan jayanya..

Pengasas MELILEA, Datuk Prof. Dr Alan Wong dan Datuk Stella Chin, telah membantu beratus-ratus dan beribu-ribu orang mengubah bukan sahaja kesihatan dan kecantikan mereka dari dalam ke luar, tetapi juga kebahagiaan dan kejayaan mereka melalui inspirasi, motivasi dan latihan profesional.

Datuk-Alan-profileDatuk Prof. Dr Alan Wong DMSM, JP, Hon.PhD

Datuk Prof. Dr Alan Wong merupakan pengasas Kumpulan Syarikat MELILEA International dan telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Stevie 2011 yang berprestif sebagai Eksekutif Terbaik.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kewangan dan pengurusan, dengan lebih tiga puluh tahun pengalaman dalam rangkaian pemasaran antarabangsa. Beliau secara peribadi telah membawa Kumpulan ke arena antarabangsa dan dihormati oleh rakan-rakan perniagaan, pemimpin-pemimpin industri dan berjuta-juta jiwa yang ia temui.

Datuk Prof. Dr Alan Wong telah dikurniakan gelaran Datuk di Malaysia dan telah menerima pengiktirafan dan penghormatan yang luar biasa. Di antara pelbagai anugerah, beliau adalah salah seorang daripada 100 Usahawan Cemerlang di Malaysia, Top 20 CEO cemerlang di Malaysia, dan antara CEO Cemerlang di rantau Asia. Gaya kepimpinan beliau yang cemerlang juga telah menarik wawancara dari majalah terkenal, akhbar dan media seperti World Journal dan Phoenix TV-Money Wise.

Datuk Prof. Dr Alan Wong menubuhkan MELILEA dengan kepercayaan – ‘Berikan semua orang satu peluang”. Dan telah mencipta landasan perniagaan di mana semua orang boleh merealisasikan cita-cita mereka dan menghasilkan
kekayaan yang stabil dan mampan.

Datuk Prof. Dr Alan Wong adalah autoriti dalam pemasaran strategik antarabangsa dan pendidik perniagaan yang terkemuka. Kepimpinan beliau yang luar biasa cukup terkenal dalam industri. Mematuhi budaya korporat yang positif dan dinamik, beliau telah memberi inspirasi dan berjaya mengubah orang lain. Digelar sebagai “Super Mentor Jutawan”, beliau telah berjaya melatih dan membimbing lebih daripada 200 lelaki dan wanita dari pelbagai latar belakang dan mengubah mereka menjadi usahawan jutawan.

Sebagai pengasas bersama dan pengasas Sistem Netplus Global, Datuk Prof. Dr Alan Wong telah berjaya memimpin semua orang di MELILEA dalam mewujudkan pelan tindakan perniagaan global yang unik, dan beliau sentiasa berkongsi dengan semua orang di seluruh dunia manfaat daripada kebijaksanaan perniagaannya. Kredibiliti, integriti dan gaya hidup organik bukan sahaja menjadi cogan kata dalam budaya MELILEA, ia juga membentuk garis panduan dan prinsip-prinsip moral peribadinya.

Datuk-Stella-profileDatuk Stella Chin DPSM

Datuk Stella Chin mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pemasaran dan pengurusan perniagaan antarabangsa dan mahir dalam pengurusan kakitangan, sumber dan operasi. Bersama-sama dengan suaminya, Datuk Prof. Dr Alan Wong, beliau mengasaskan MELILEA International dan memacunya menjadi sebuah syarikat multinasional yang berjaya pada hari ini.

Di MELILEA, wanita juga boleh mempunyai kerjaya perniagaan mereka sendiri dan Presiden Eksekutif MELILEA, Datuk Stella Chin adalah contoh yang terbaik. Dengan kepimpinan yang cemerlang dan unik, beliau telah membantu ramai wanita dalam usaha untuk menuju ke arah kekayaan dan menemui makna dan matlamat dalam kehidupan. Beliau juga telah digelar sebagai “Penggerak untuk Transformasi Kehidupan”.

Prestasi cemerlang Datuk Stella Chin telah menerima pelbagai pengiktirafan dalam industri. Pada tahun 2007, beliau telah memenangi Anugerah Usahawan Wanita Cina Cemerlang Dunia Tahunan Ketiga, menjadikan beliau warga negara Malaysia pertama dan wanita cina termuda di dunia untuk memenangi anugerah tersebut.

Misi beliau untuk membantu wanita dan ketaatan sebagai pengasas dan penganjur Stellavingze International telah disambut baik dan dipuja oleh ramai wanita. Dengan pengalaman sukses dalam kehidupnya, Datuk Stella Chin membawa ramai wanita dari semua lapisan masyarakat untuk memainkan peranan penting dalam bidang yang berbeza dalam kehidupan dan setia membantu pasangannya dalam membangun dan mengembangkan perniagaan mereka di peringkat global.

Datuk Stella Chin memberikan sepenuh keutamaan demi menjaga kepentingan masyarakat. Bersama-sama dengan semua orang di MELILEA, beliau terlibat secara aktif dalam kerja-kerja amal. Memiliki daya tarikan tersendiri, dan gaya yang dinamik, Datuk Stella Chin adalah satu contoh sebenar yang sangat baik untuk semua wanita. Beliau bukan sahaja telah mengubah kehidupan sendiri, tetapi juga telah berjaya membantu orang lain mengubah kesihatan, kecantikan, kejayaan dan kebahagiaan mereka. Inilah kepimpinan melalui teladan yang telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati dan fikiran setiap orang.

Dengan hati yang terbuka, beliau bersungguh-sungguh membantu mereka yang kurang bernasib baik, warga emas dan anak-anak yatim. Membantu mereka menggambarkan keprihatinan MELILEA dalam memelihara kesejahteraan dan sebagai satu jenama yang sentiasa mengambil berat tentang sosial.

Pada tahun 2011, Datuk Stella Chin adalah usahawan wanita Malaysia yang pertama menjadi finalis dalam pelbagai kategori untuk Anugerah Stevie.

Dalam tahun 2015, Datuk Stella Chin meraih kemegahan dengan mencapai gelar panggilan sebagai Wanita Tionghua pertama yang menerima 4 penghargaan kehormatan dari Stevie Awards, Pengusaha Wanita yang ke 12. Penghargaan yang diterima beliau merupakan [Pengusaha Wanita Tahun 2015 – Produk Konsumen]; [Pengusaha Wanita Tahun 2015 – Daerah Asia, Australia dan Selandia Baru]; [Eksekutif Wanita Tahun 2015 – Produk Konsumen]; [Pelatih atau Mentor Tahun 2015 – Usaha dalam Semua Industri].

Hari ini, beliau meneruskan misi untuk menyebarkan berita baik tentang MELILEA di mana-mana dan bagaimana ia boleh membantu sesiapa sahaja untuk berkembang maju dalam masa yang paling mencabar.