Gaya hidup harian yang semakin padat pada hari ini membuatkan anda tidak mempunyai banyak masa untuk mendapatkan rawatan salun kecantikan. Selain itu, kebanyakan perawatan kulit di salun memerlukan perawatan secara berkala sehingga merumitkan bagi kebanyakan orang kerana terpaksa membelanjakan banyak wang dan memakan banyak masa.

Menyedari tentang kemunculan peranti kecantikan, kesihatan, dan kesejahteraan di pasaran pada masa kini, dan potensi besar untuk terus berkembang, MELILEA telah melabur untuk membawakan anda rangkaian peranti kecantikan khusus untuk memenuhi permintaan perawatan kecantikan yang mengagumkan.

Memperkenalkan QINETIX daripada MELILEA, dengan reka bentuk yang padat, dan mudah digunakan serta mudah dikendalikan untuk penggunaan peribadi, sama ada di rumah ataupun di mana-mana sahaja.

QINETIX adalah hasil dari penelitian dan pembangunan yang ekstensif teknologi kecantikan 3D kami dalam memenuhi keperluan perkembangan yang sofistikated dan keperluan untuk peranti yang selamat serta mudah digunakan dan memberikan hasil yang berkesan seperti yang diinginkan.