Saiz Pembungkusan: 1 unit
Kod Produk: 10247

QINETIX SECRETSPA

Manjakan kulit anda dengan rawatan spa yang menakjubkan… walau di mana sahaja!
MagicFountain mengatomkan nutrien di dalam penyegar muka anda ke dalam aliran lembut kabus. Sungguh halus, nutrien dalam kabus yang pergi jauh ke dalam kulit untuk rasa yang menyegarkan, menjadikan kulit anda lembut, licin dan terasa hebat. Kini anda boleh mengalami kesan pancutan pada wajah untuk kekal cantik dan muda.

  • Kecil, saiz tangan – mudah digunakan di mana-mana sahaja!
  • Mengatomkan nutrien untuk penyerapan yang lebih baik ke dalam kulit.
  • Memastikan kulit anda lembap selama 24 jam.
  • Menyegarkan dan melegakan kulit selepas terdedah kepada matahari.
  • Sesuai digunakan pada bila-bila masa terutamanya sebelum menggunakan pelembap, atau untuk menyegarkan solekan anda.

Bagaimana SecretSPA Berfungsi?

  1. Dengan penemuan teknologi iontoforesis untuk kecantikan 3D, SecretSPA berfungsi untuk mengion pelembap atau esen kecantikan anda, dengan caj positif dan negatif.
  2. Ketika dalam Mod Pembersihan atau CLE, ia membantu untuk menghapuskan kotoran dari bawah permukaan kulit anda.
  3. Ketika dalam Mod Ionik atau ION, ia membantu untuk mewujudkan satu kuasa yang boleh diukur untuk membantu bahan-bahan menembusi jauh ke dalam kulit anda berbanding dengan penjagaan kulit biasa.

Cara Penggunaan
Mod Pembersihan atau CLE

qinetix_secret_spa - directions-cle

  1. Lekatkan sekeping kapas wajah pada Cakera SecretSPA dengan cincin lampiran.
  2. Pilih Mod CLE dan tahap Intensiti I, II atau III mengikut kesukaan anda.
  3. Tepukan kapas dengan pencuci muka anda yang biasa, letakkan kapas pada kulit dan gerakkan SecretSPA pada wajah anda dalam gerakan putaran seperti yang ditunjukkan pada rajah dengan perlahan-lahan.
  4. Masa yang diambil adalah kira-kira 5-10 minit untuk sesi ini selesai.

*Kami mengesyorkan anda menyuburkan kulit anda dengan QINETIX MagicFountain.

 

Mod Ionik atau ION

qinetix_secret_spa - directions-ion

  1. Selepas pembersihan, sapukan penyegar kecantikan. Kami mengesyorkan QINETIX MagicFountain untuk hasil yang terbaik. Urut wajah anda untuk membantu penyerapan yang lebih berkesan.
  2. Pilih Mod Ion dan tahap Intensiti I, II, atau III mengikut kesukaan anda.
  3. Sapukan pelembap atau esen pada wajah; menggunakan peranti perlahan-lahan untuk mengadunkannya dengan gerakan garis lurus seperti yang ditunjukkan pada gambar rajah.
  4. Berikan tumpuan pada kawasan-kawasan dengan tona yang tidak sekata, pigmentasi atau jeragat dan kemudian seluruh wajah. Perlahan-lahan gerakkan SecretSPA sekitar kawasan mata anda.
  5. Selepas melengkapkan kitaran, sapukan produk penjagaan harian anda seperti biasa.
  6. Masa yang diambil adalah kira-kira 5-10 minit untuk sesi ini selesai.