Saiz Pembungkusan: 500g
Kod Produk: 40305

MELILEA ORGANIC SOYMILK POWDER

Mengapa Memilih MELILEA ORGANIC Soymilk Powder?
MELILEA ORGANIC Soymilk Powder dibuat daripada kacang soya organik. Ditanam secara eksklusif di tanah hitam yang subur di daerah Heilong Jiang di Timur Laut China, kacang berkualiti premium yang terpilih akan melalui pengasingan lenggai, penumpuan vakum dan proses pengeringan semburan menggunakan teknologi yang canggih. Ini membantu memelihara khasiat kacang tanpa penambahan bahan kimia, pengawet, perisa atau pewarna tiruan.

Minuman Harian yang Lazat dan Berkhasiat untuk Anda!

  • Kacang soya organik semulajadi dari Heilong Jiang
  • Nilai gizi yang tinggi dan kaya dengan protein, lesitin, dan isoflavon
  • Proses pengasingan lenggai yang teliti, meningkatkan kehalusan rasa kacang soya
  • Tiada perisa dan pewarna tiruan
  • Tiada bahan pengawet dan aditif makanan

KETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT MENGENAI DOKUMENTARI KACANG SOYA DI YOUTUBE.

Ciri-ciri MELILEA ORGANIC Soymilk Powder

  1. Bahan-bahan Organik Semula Jadi
    Kacang soya organik semula jadi, maltosa dan sukrosa semula jadi. Produk berkualiti bermula dengan pemilihan bahan-bahan yang berkualiti.
  2. Nilai Gizi Yang Tinggi
    Kacang soya organik semula jadi, bebas daripada pewarna tiruan, perisa tiruan, nutrien disintesis dan pengawet.
  3. Teknologi Pemakanan & Piawai Keselamatan Yang Terkini
    Mengekalkan nilai-nilai gizi asal dan semula jadi kacang soya; membuang bahan-bahan yang memberi kesan kepada penghadaman dan penyerapan nutrien. Pengeluaran mematuhi ISO 2200, Piawaian Pengurusan Keselamatan Makanan Antarabangsa yang menggabungkan unsur-unsur teras GMP, ISO 9001 dan HACCP.
  4. Sungguh Lazat, Sungguh Enak
    Proses pengasingan lenggai membantu menghapuskan perisa kacang yang astringen, mengekalkan warna, wangi, dan rasa kacang soya yang halus dan asli.

Bahan-bahan
Kacang Soya, Maltose, Sukrosa

Protein berasaskan tumbuhan yang diperolehi dari kacang soya adalah sumber protein berasaskan tumbuhan yang baik di mana PDCAAS * menjaringkan kira-kira 0.90 sebagai pengganti susu lembu (PDCAAS 0.92). Minuman sihat dicampur dengan kacang soya dan kacang adalah baik untuk seisi keluarga untuk mengekalkan kehidupan yang sihat dan aktif!

* Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score (PDCAAS) telah diterima pakai oleh FAO / WHO sebagai kaedah untuk mengukur nilai protein dalam pemakanan manusia. Nilai PDCAAS tertinggi ialah 1.0.

Cadangan Penghidangan:

Minuman Soya yang Sejuk dan Menyegarkan
Campurkan 3-4 skup (atau pilihan anda) MELILEA ORGANIC Soymilk Powder dengan 100ml air kosong dan kacau rata. Kemudian masukkan lagi 150 ml air sejuk, dan goncang di dalam MELILEA Shaker, tuang dan sedia untuk di minum.

Minuman Soya yang Suam dan Lazat
Campurkan 3-4 skup (atau pilihan anda) MELILEA ORGANIC Soymilk Powder dengan 100ml air kosong dan kacau rata. Kemudian masukkan lagi 150 ml air panas, dan goncang di dalam MELILEA Shaker, tuang dan sedia untuk diminum.

Minuman Soya dengan MELILEA ORGANIC
Campurkan 3-4 skup MELILEA ORGANIC Soymilk Powder dengan 1-2 skup produk jualan terbaik kami, MELILEA ORGANIC Nutritious Botanical Powder dengan 350ml air kosong, goncang dengan MELILEA Shaker, tuang dan sedia untuk diminum.

Minuman Kesihatan Yang Ideal untuk Semua

  • Vegetarian yang mungkin kekurangan protein dalam diet mereka
  • Kanak-kanak dan remaja yang memerlukan lebih banyak nutrien untuk tumbesaran
  • Individu dengan intoleransi laktosa atau sensitif kepada protein susu
  • Warga tua yang memerlukan khasiat tambahan
  • Pekerja pejabat yang memerlukan lebih kecergasan
  • Wanita yang ingin memiliki kulit anjal dan mengamalkan penjagaan kecantikan
  • Individu yang suka bersukan dan inginkan bentuk badan yang sihat
  • Individu yang berada dalam proses pemulihan
  • Wanita hamil dan ibu-ibu menyusu

Keajaiban Kacang Soya…

Produk kacang soya telah menjadi pemakanan ruji tradisional Asia, dari negara China ke Indonesia, sejak berabad-abad lamanya. Ia juga menjadi popular di negara-negara Barat apabila semakin ramai orang sedar dengan kepentingan menjaga kesihatan dan alam sekitar. Kacang soya padat dengan protein dan nutrien lain dan dianggap sebagai makanan yang sempurna.

Lebih sedekad yang lalu, kita telah dikejutkan dengan berita bahawa kebanyakan kacang soya yang terdapat di pasaran telah diubah suai secara genetik. Tetapi kini anda tidak perlu bimbang lagi dengan adanya MELILEA ORGANIC Soymilk Powder.

Minuman ini dihasil daripada kacang soya organik dan dirumus dalam bentuk serbuk yang mudah disediakan. Anda boleh minumnya secara segar, panas atau sejuk. Anda sekeluarga boleh menikmati kebaikan susu soya setiap hari dengan adanya MELILEA ORGANIC Soymilk Powder.