Saiz Pembungkusan:400g
Kod Produk: 40503

MELILEA ORGANIC HENRY APPLE ORCHARD

Campuran Perahan Segar Epal Hijau dan Buah-buahan

Untuk kesegaran segera, tiada yang dapat menandingi MELILEA ORGANIC HENRY Apple Orchard. Malah ia mudah disediakan. Cuma campurkan dua atau tiga skup ke dalam segelas air ais dan anda mendapat segelas minuman semula jadi yang dapat menghilangkan dahaga dengan serta-merta.

MELILEA ORGANIC HENRY Apple Orchard adalah campuran perahan segar jus epal hijau, limau, mawar hutan dan kranberi yang kaya dengan vitamin C dan nutrien lain. MELILEA ORGANIC HENRY Apple Orchard adalah pilihan yang sihat untuk dinikmati setiap hari oleh seisi keluarga.

Mmm… Sungguh menyegarkan, sungguh enak, sungguh baik untuk anda!

Koktel buah-buahan organik yang sihat dan unik dirumus untuk menghilangkan dahaga dan memuaskan citarasa anda yang menginginkan sesuatu yang lazat dan menyegarkan. Ia merupakan salah satu pemenang minuman kesihatan dari ladang organik dan makmal Dr Henry Chang. Minuman organik ini pasti menjadi kegemaran anda sekeluarga kerana ia dihasilkan daripada buah-buahan organik yang semula jadi.

  • Diperbuat daripada buah-buahan yang enak
  • Mudah disediakan dan boleh dinikmati pada bila-bila masa
  • Kaya dengan vitamin, mineral dan fitonutrien
  • Sesuai diminum terus atau dicampurkan dengan MELILEA ORGANIC
  • Rasa semula jadi buah-buahan sebenar yang enak

Sumber Vitamin
Epal Hijau, Kranberi, Fruktosa, Buah Mawar Hutan, Limau

Epal Hijau
Sumber Vitamin C dan flavonoid semula jadi, antioksidan yang menguatkan sistem pertahanan badan. Serat dan pektin menggalakkan peristalsis usus dan membantu pencernaan.

Kranberi
Sumber vitamin C, serat, dan pelbagai fitonutrien yang sangat baik. Menggalakkan diuresis dan menghalang pembentukan batu karang serta menyingkirkan toksin daripada darah.

Buah Mawar Hutan
Sumber antioksidan seperti vitamin C dan flavonoid. Membantu mencegah jangkitan bakteria, serta menggalakkan sistem urinari yang sihat.

Limau
Sumber vitamin C, flavonoid, asid sitrik, kalsium dan fosforus, yang membantu meningkatkan sistem pertahanan badan.

Cadangan Penghidangan:

 

Untuk seorang – Campurkan 2 hingga 3 skup MELILEA ORGANIC HENRY Apple Orchard ke dalam gelas yang berisi air sejuk, kacau hingga sebati dan nikmatilah minuman yang enak ini!

 

Berkongsi dengan Keluarga – Campurkan 12 skup MELILEA ORGANIC HENRY Apple Orchard ke dalam jag yang berisi 1 liter (1000ml) air sejuk. Kacau hingga sebati dan nikmatilah minuman yang enak bersama ahli keluarga!