Nombor Pendaftaran: MAL 10012454T
K.K.L.I.U. No.: K.K.L.I.U. 2535/2015
Ini adalah iklan produk tradisional.
Saiz Pembungkusan: 114.5g (4 oz) & 458g (16 oz)
Kod Produk: 40307

MELILEA ORGANIC BOTANICAL POWDER

Dapatkan Organik Untuk Kesihatan Anda!

MELILEA Organic Botanical Powder adalah suplemen makanan organik berfungsi yang diimport dari Amerika Syarikat dan dirumuskan oleh Dr Henry Chang (pakar organik yang terkenal di dunia) mengikut keperluan tubuh badan kita. Ia adalah makanan terbaik untuk anda.

  • Tumbuhan organik adalah ditanam di persekitaran, tanah dan air yang bebas daripada pencemaran, tiada baja kimia, hormon pertumbuhan dan racun serangga digunakan.
  • Membekal fitonutrien yang dapat menguatkan tubuh badan anda serta mengekalkan kesihatan yang optimum kepada anda.

3 Fungsi Kesihatan

  • Memperbaiki Fizikal Badan dan Menguatkan Kesihatan Badan
    Membersihkan badan di samping memberi pemakanan yang seimbang untuk meningkatkan kesihatan anda.
  • Menegangkan Kulit Anda dari Dalam ke Luar
    Produk yang sesuai bagi mengawalatur badan anda di mana ia dapat memberi nutrien kepada kulit anda dan menjadikannya sihat dan cantik.
  • Digunakan Secara Tradisional untuk Menguatkan Badan Anda
    Makanan organik berfungsi yang dapat mengawalatur badan dengan cekap, menguatkan badan dan meningkatkan kesihatan anda!

Pertahanan Badan yang Semula Jadi daripada MELILEA!

Fitonutrien adalah komponen organik tertentu daripada tumbuhan yang juga dikenali sebagai fitokimia, contohnya karotenoid, flavonoid, lycopene, fenol dan indol, yang wujud secara semula jadi dalam tumbuhan dengan pelbagai warna. Tidak seperti nutrien lain, seperti makronutrien (protein & asid lemak) dan mikronutrien (vitamin dan mineral), ia tidak dianggap sebagai “wajib” untuk kesihatan manusia, dan dengan itu tidak sepadan dengan Rujukan Pengambilan Pemakanan (DRIs). Walaubagaimanapun, penyelidikan di seluruh dunia telah mengesahkan bahawa komponen ini boleh menjadi pertahanan badan yang semula jadi bagi mengekalkan gaya hidup yang sihat!

Apakah makanan yang membekalkan fitonutrien kepada kita? Jawapannya adalah pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, kekacang dan kacang yang kaya dengan fitonutrien untuk menggalakkan kesihatan yang lebih baik. Warna, kuantiti, dan jenis fitonutrien adalah berbeza bergantung kepada spesies tumbuhan, keadaan tanah dan faktor persekitaran yang lain. Tumbuhan yang ditanam secara organik adalah sumber yang ideal bagi fitonutrien untuk diet harian anda kerana ia ditanam di persekitaran yang bebas daripada pencemaran.

Makanan Sempurna yang Kaya dengan Tumbuhan: Dicadangkan mengambil buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, kekacang dan kacang yang mempunyai pelbagai jenis warna setiap hari untuk mendapat manfaat daripada pelbagai fitonutrien.

MELILEA Organic Botanical Powder adalah makanan organik berfungsi yang sesuai dijadikan sebagai diet yang kaya dengan tumbuhan anda. Ia mengandungi bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan alga yang ditanam secara organik dan kaya dengan fitonutrien bagi mengekalkan kesihatan optimum anda.