Diet yang seimbang adalah asas untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh supaya berfungsi dengan baik. Bagi mendapatkan pemakanan yang benar-benar seimbang, anda perlu mendapatkan sebahagian besar kalori harian anda daripada buah-buahan segar dan sayur-sayuran, bijirin, dan protein tanpa lemak.

Kekurangan nutrisi adalah masalah kronik yang dikaitkan dengan kurang pemahaman dan tabiat makan yang tidak baik. Kekurangan zat makanan dan isu-isu kesihatan memberikan banyak cabaran kepada individu dan masyarakat. Kurangnya pemakanan yang sihat menyumbang kepada masalah penjagaan tubuh, rendahnya imuniti yang cenderung kepada penyakit dan akhirnya, kesihatan terjejas.

MELILEA komited untuk menyediakan asas kesihatan yang baik – nutrisi yang betul tanpa kompromi. Pelbagai rangkaian produk telah dicipta khusus untuk memberikan tubuh anda segala keperluan bagi memelihara kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.