Gaya hidup organik mewujudkan dunia yang lebih hijau dan lebih sihat

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, iklim dan alam sekitar telah mengalami perubahan besar. Dunia hari ini semakin mengambil berat tentang alam sekitar dan kesihatan dan mula menumpukan lebih perhatian terhadap budaya organik. Fenomena ini bukan sahaja mencerminkan falsafah korporat MELILEA, malah ia juga membuktikan bahawa kehidupan secara organik adalah jalan bagi manusia dan alam mewujudkan suasana harmoni.

Mendokong konsep gaya hidup organik hijau MELILEA

  • Mengamalkan gaya hidup organik dan mengambil makanan yang sihat dan semula jadi dan produk yang bebas daripada baja kimia, aditif dan radiasi serta seimbang dalam nutrisi.
  • Kembali kepada alam semula jadi dan sentiasa melakukan senaman yang sewajarnya
  • Komited untuk memelihara sistem dalaman tubuh yang sihat dan penampilan luaran yang baru serta mencapai kesihatan dan kecantikan yang baik dari dalam ke luar

Dalam usaha mempromosikan konsep gaya hidup yang sihat dan organik, selain daripada penyelidikan dan membangunkan produk yang berkualiti, MELILEA juga sering menganjurkan ceramah kesihatan di seluruh dunia untuk menggalakkan lebih ramai orang mempelajari kehidupan organik dan pengetahuan yang berkaitan dengannya, dan pada masa yang sama memainkan peranan dalam menyelamatkan bumi.

Memilih untuk menjalani gaya hidup secara organik mempunyai implikasi yang luas, di mana mungkin ada antaranya kurang jelas kepada kita. Berikut adalah beberapa cara di mana tindakan anda akan mempengaruhi dunia anda, kehidupan anda dan juga kehidupan orang lain di sekeliling anda.

  • Ia mengurangkan air larian dan sisa kimia di dalam air minuman, jalan air dan kawasan pantai. Larian adalah punca utama kehidupan marin, haiwan dan tumbuh-tumbuhan semakin berkurangan.

  • Ia memulihara tanah untuk pertanian yang produktif dan selamat. Sistem pertanian organik adalah berdasarkan pada prinsip tanah dan pertumbuhan semula tanah dan amalan alam sekitar yang terbaik.

  • Ia meningkatkan biodiversiti dan menyelamatkanimat habitat haiwan asli daripada pupus. Selama beberapa dekad saintis di seluruh dunia telah menjalankan kajian dengan kesimpulan bahawa pertanian organik nyata menyokong biodiversiti.

  • Ia melindungi integriti makanan. Organik yang disahkan memberi jaminan bahawa produk telah ditanam, dikendalikan, dibungkus dan diedarkan, mengelakkan risiko pencemaran produk ini ke tempat jualan. Kebolehkesanan penuh dikekalkan di sepanjang rantaian

  • Ia membantu untuk memperbaiki perubahan iklim. Pertanian dikatakan bertanggungjawab menyebabkan kira-kira 30 peratus daripada pemanasan global akibat pelepasan karbon dioksida; bagaimanapun penukaran untuk pertanian organik boleh mengembalikan karbon dioksida ke dalam tanah dalam bentuk humus. Projek penyelidikan 23 tahun menunjukkan bahawa jika hanya 1000 ladang bersaiz sederhana ditukar kepada pengeluaran organik, karbon yang disimpan di dalam tanah adalah bersamaan dengan mengeluarkan 117 hingga 440 buah kereta daripada jalan raya setiap tahun.

  • Ia mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dengan menghapuskan baja nitrogen sintetik

  • Ia mengelakkan makan sehingga dua kilogram aditif makanan setiap tahun. Banyak aditif makanan dikaitkan dengan gejala-gejala penyakit seperti reaksi alahan, ruam, sakit kepala, asma, terencat pertumbuhan dan hiperaktif di kalangan kanak-kanak.

  • Ia mengelakkan GMO. Ujian bebas daripada kesan-kesan kesihatan jangka panjang makanan GMO pada manusia tidak dilakukan.

  • Ia merendahkan kejadian masalah pembangunan-neuro pada kanak-kanak, mungkin termasuk juga ADHD dan autisme. Pembangunan-neuro yang tidak normal pada kanak-kanak boleh disebabkan atau menjadi lebih teruk dengan pranatal dan kehidupan awal yang terdedah kepada racun perosak dan bahan kimia yang mencemarkan makanan kita.

  • Ia memberikan bayi blok pembinaan nutrien yang mereka perlukan untuk masa depan yang sihat. Sembilan puluh peratus daripada tenusu dan produk daging daripada sumber organik telah menunjukkan ia boleh meningkatkan tahap asid lemak yang sihat dalam susu ibu.

Sekarang setelah anda tahu, seharusnya anda mempertimbangkan untuk mengamalkan gaya hidup organik dengan lebih serius. Jika anda berminat, mula dengan belajar lebih lanjut mengenai bagaimana MELILEA boleh membantu anda.

Berikut adalah beberapa, perkara asas utama dalam memilih produk organik yang berkualiti. Jangan takut untuk bertanya soalan jika anda tidak pasti produk yang anda akan beli dan gunakan.

  • Keunikan Makanan Organik Berfungsi

Tidak seperti makanan organik biasa, tanaman organik berfungsi ditanam di persekitaran, iklim, tanah, dan lain-lain yang paling sesuai untuk memastikan ia jauh daripada pencemaran untuk mengekalkan kandungan nutrien yang lebih tinggi.

  • 5-Bintang Sifar Pencemaran

Makanan digredkan dari 1-Bintang sehingga 5-Bintang. Tanaman yang dihasilkan selepas tempoh kosong 3-tahun, dengan tiada punca pencemaran dalam sekitar 30km dari ladang, tanpa penggunaan-racun herba dan bahan kimia pertanian, dianugerah dan dinilai sebagai Makanan Organik 5-Bintang Sifar Pencemaran. Ini adalah yang terbaik.

  • Lesen Ladang, Kilang Pembuatan dan Pengeluaran Organik

Kualiti terbaik makanan organik berfungsi dihasilkan, diproses dan dibungkus oleh kilang berdaftar dengan mematuhi peruntukan-peruntukan selaras dengan peraturan-peraturan untuk makanan dalam Amalan Pengilangan Barangan Persekutuan (GMP).

  • Mengelakkan Pencemaran

Setiap peringkat pengeluaran, termasuk penuaian, pemprosesan dan pembungkusan dikawal ketat untuk mengelakkan pencemaran bahan kimia seperti pewarna, bahan pengawet dan anti-depressant. Penggunaan baja tiruan dan racun perosak atau suntikan dengan perangsang atau aditif untuk mempercepatkan pertumbuhan adalah dilarang sama sekali.

  • Sijil Jualan Bebas

Disahkan “Halal” oleh badan Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA).

  • Dirumuskan oleh Penyelidik Organik Terkenal

Makanan organik berfungsi yang terbaik dirumuskan oleh pakar organik bertaraf antarabangsa yang terlibat secara aktif dalam bidang organik terutamanya dalam kajian makanan organik, mengenai pertanian organik dan penjagaan kesihatan.

  • Makanan Organik Terkemuka

Makanan organik terbukti melalui masa. Testimoni produk dan daya saing pasaran adalah penting dalam memilih dan menentukan makanan organik berfungsi yang baik.