Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, yang terpakai kepada semua syarikat dan firma yang ditubuhkan di Malaysia, telah diperkenalkan oleh Kerajaan untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. Akta menghendaki kami untuk memaklumkan kepada anda tentang hak-hak anda berkaitan dengan data peribadi yang dikumpul dan diproses, dan tujuan pemprosesan itu. Ia juga memerlukan kami untuk mendapatkan kebenaran anda untuk memproses data peribadi anda.

Objektif
Polisi ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan anda tentang punca-punca dan jenis-jenis maklumat yang dikumpulkan oleh MELILEA, bagaimana ia digunakan, dan bagaimana kami melindungi kerahsiaan dan keselamatannya. Ia bertujuan untuk mengenal pasti keperluan yang standard bagi pengumpulan, pengendalian, penyelenggaraan, perlindungan, pendedahan, pemeliharaan dan arkib serta pengedaran maklumat peribadi kakitangan dan Distributor atau Pengedar MELILEA (M) Sdn Bhd.

Skop
Polisi ini adalah terpakai kepada semua individu yang merupakan kakitangan, Distributor atau Pengedar MELILEA (M) Sdn Bhd dan pihak ketiga, yang memproses data peribadi bagi pihak MELILEA (M) Sdn Bhd.

Data Peribadi
MELILEA telah dan akan memproses Data Peribadi anda (seperti yang ditakrifkan di bawah) selaras dengan maklumat yang terdapat dalam borang pendaftaran online, borang permohonan, borang permohonan lain atau pemberitahuan anda kepada kami serta juga kenyataan yang anda berikan kepada MELILEA dalam melaksanakan aktiviti jualan langsung anda. “Data Peribadi” termasuk, tanpa had, maklumat berikut yang berkaitan dengan anda:

Data induk seperti nama, umur, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, alamat, bangsa, keturunan etnik, kewarganegaraan, butiran kad pengenalan / pasport, video, nama dan butir-butir tentang pasangan anda, benefisiari(benefisiari), pekerjaan, pendidikan peribadi , maklumat latihan dan prestasi, maklumat pendapatan keluarga dan perbelanjaan, hobi peribadi, gambar-gambar, maklumat perhubungan seperti nombor telefon, maklumat penempatan dan penaja, kenyataan kepentingan benefisial, maklumat pembilan dan pembayaran seperti butir-butir akaun bank dan butir-butir kad kredit anda serta maklumat pos dan alamat e-mel, nama pengguna, kata laluan, maklumat pampasan, apa-apa maklumat tersebut termasuk kemas kini sebagaimana yang kami fikirkan perlu atau sesuai dari semasa ke semasa berkaitan dengan perhubungan perdagangan anda dengan kami.

Kenyataan Polisi
Polisi Privasi menyatakan bagaimana kami menghormati kepentingan Data Peribadi kakitangan dan Distributor atau Pengedar kami:

  • Kami menyediakan KENYATAAN kepada individu tentang bagaimana data peribadi mereka digunakan.
  • Kami mendapatkan KEBENARAN untuk memproses data peribadi.
  • Di mana wajar, kami penyediakan AKSES kepada individu, peluang untuk meninjau dan membetulkan data peribadi yang disimpan oleh MELILEA (M) Sdn Bhd.
  • Kami hanya MENGGUNA dan MEMINDAHKAN data peribadi untuk tujuan perniagaan MELILEA (M) Sdn Bhd, selaras dengan kenyataan kami, Polisi Privasi kami dan undang-undang Malaysia yang dikena pakai.
  • Kami MELINDUNGI data peribadi dengan tahap keselamatan yang sewajarnya.
  • Data yang dikumpul hanya akan digunakan oleh MELILEA. Data boleh dikongsi dengan syarikat-syarikat bersekutu hanya apabila diperlukan dan untuk perkembangan perniagaan MELILEA.

BAGAIMANA KAMI MENGUMPUL MAKLUMAT PERIBADI ANDA
Kami boleh mengumpul maklumat peribadi daripada anda apabila anda:-

  • berkomunikasi dengan kami (contohnya semasa anda menyerahkan permohonan untuk menjadi Ahli MELILEA, atau menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan dengan menghubungi jabatan Khidmat Pelanggan kami)
  • mendaftar secara online sebagai Ahli MELILEA apabila anda melanggan amaran emel
  • meminta Keahlian MELILEA dipindahkan kepada anda
  • menggunakan mana-mana perkhidmatan dan/atau produk kami
  • melengkapkan borang (contohnya, menambah borang permohonan bagi pasangan, permohonan untuk borang penajaan antarabangsa) participate in any of our surveys
  • menyertai dalam mana-mana kaji selidik kami
  • membuat aduan kepada kami
  • memberi maklum balas yang diminta dan/atau tidak diminta kepada kami

Selain daripada maklumat peribadi yang diperolehi daripada anda secara langsung (seperti yang ditetapkan di atas), kami juga boleh mendapatkan maklumat peribadi anda daripada pihak ketiga yang berurusan dengan kami (contohnya penguatkuasaan undang-undang dan agensi-agensi kerajaan yang lain) atau yang berkaitan dengan anda (contohnya penaja) dan dari apa-apa sumber lain yang berkenaan, yang anda telah berikan kebenaran untuk mendedahkan maklumat mengenai anda dan/atau jika selainnya dibenarkan mengikut undang-undang.

Sekiranya MELILEA (M) Sdn Bhd atau entiti yang berkaitan bergabung dengan atau diperolehi oleh entiti perniagaan yang lain, atau aset masing-masing diperolehi, anda perlu menjangkakan bahawa kami akan berkongsi beberapa atau semua Data Peribadi dengan syarikat-syarikat yang mengambil alih peranan untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda dan pengguna lain melalui Laman Web kami.

Hak Anda Berkaitan Dengan Data Peribadi Anda
Kebenaran anda sentiasa menjadi keutamaan kami. Kami tidak akan menggunakan atau berkongsi data peribadi yang dikumpulkan dalam cara yang tidak berkaitan dengan tujuan maklumat tersebut diberikan, termasuk yang dinyatakan di atas, tanpa memberi anda pilihan sama ada untuk membenarkan mana-mana kegunaan yang tidak berkaitan.

Mengakses dan Membetulkan Maklumat Anda
Tertakluk kepada pengecualian tertentu, yang diperuntukkan oleh undang-undang privasi yang dikenakan oleh atau Akta Perlindungan Data, anda berhak untuk diberitahu mengenai apa maklumat peribadi yang kami simpan tentang anda dan kepada siapa kami mungkin dedahkan maklumat tersebut. Anda juga berhak untuk memberitahu kami mengenai pembetulan jika anda percaya bahawa mana-mana maklumat peribadi yang kami simpan tentang anda mungkin tidak tepat. Anda boleh mengemaskini Data Peribadi yang betul dengan melengkapkan ‘BORANG KEMAS KINI MAKLUMAT PERHUBUNGAN’, atau hubungi kami seperti yang dinyatakan dalam seksyen ” Hubungi Kami ” di bawah, dan kami akan membantu anda.

Mengemas kini Polisi Privasi
Kami kerap mengkaji semula amalan privasi bagi pelbagai aktiviti kami, dan mengemas kini polisi kami. Sila semak laman web ini secara berterusan untuk maklumat mengenai amalan terkini kami.

Hubungi Kami
Untuk maklumat lanjut berhubung dengan polisi keselamatan dan privasi MELILEA tentang maklumat peribadi boleh diajukan secara bertulis kepada info@melilea.com atau hantarkannya ke alamat di bawah.

Jabatan Khidmat Pelanggan,
IBU PEJABAT MELILEA ASIAPAC,
MELILEA TOWER, No.6, Avenue 3,
The Horizon, Bangsar South,
No.8, Jalan Kerinchi,
59200 Kuala Lumpur, Malaysia.