1st Button-01
2nd Button-02
3rd Button-01
4th Button-04-04-small

MENGAPA MELILEA: 10 PERKARA UTAMA

PRODUK BERKUALITI PREMIUM

Kami berupaya untuk mengubah kesihatan dan kecantikan anda dengan pelbagai rangkaian produk berkualiti premium yang selamat dan berkesan dengan nilai harga yang berpatutan.

PERKHIDMATAN YANG CEMERLANG

Kakitangan kami yang profesional dan ramah sentiasa bersedia untuk membantu anda sebaik mungkin supaya pengalaman anda dengan MELILEA benar-benar memuaskan.

JAMINAN KEPUASAN

Kami sentiasa mendokong produk dan perkhidmatan kami dengan penuh keyakinan untuk memastikan anda benar-benar berpuas hati. Itulah janji kami dan yang akan kami kotakan kepada anda.

SYARIKAT PEMENANG ANUGERAH

MELILEA telah memenangi pelbagai anugerah industri dan global bagi pengurusannya yang inovatif sebagai sebuah syarikat multinasional kesihatan dan kesejahteraan yang ternama.

POTENSI PENDAPATAN YANG MAMPAN

Dengan pelbagai bonus dan manfaat, MELILEA merupakan salah satu kerjaya perniagaan dengan ganjaran tertinggi yang boleh anda nikmati di mana-mana saja di dunia.

PELAN PERNIAGAAN YANG TERBUKTI

Pelan perniagaan yang kukuh bermakna sistem ganjaran yang saksama, boleh dicapai dan menguntungkan untuk anda.

PELUANG TANPA RISIKO

Pilihan perniagaan yang fleksibel dengan kos rendah bermakna setiap orang berpeluang untuk mencapai kejayaan tanpa menanggung risiko.

SISTEM SOKONGAN YANG TEGUH

Sistem yang terbukti dan telah memenangi anugerah dengan sesi bimbingan dan mentor serta bengkel diwujudkan untuk memupuk dan membimbing anda ke arah merealisasikan potensi kejayaan anda sepenuhnya.

TRANSFORMASI KEJAYAAN

Ketokohan kepimpinan anda berkembang sambil anda membantu mengubah orang lain. Kejayaan anda melampaui kestabilan kewangan dan pencapaian anda diiktiraf dan dihargai oleh rakan-rakan dan komuniti anda.

PERNIAGAAN DARI GENERASI KE GENERASI

Hadiahkan generasi keluarga anda yang akan datang, termasuk anak-anak anda, dengan warisan kejayaan anda hari ini.

Selamat datang ke dunia MELILEA.

Kami ingin berkongsi perjalanan, pengalaman dan inspirasi dengan anda supaya anda boleh mempertimbangkan strategi kejayaan kami demi kejayaan anda sendiri.

Mereka yang tahu akan memberitahu anda bahawa kejayaan sebenar bukanlah kemenangan yang dicapai dalam satu masa tetapi ia merupakan satu perjalanan yang berterusan dalam penganalisisan diri, penambahbaikan dan inovasi. Mari bertemu supaya kita dapat mulakan perjalanan kita bersama-sama!


DATUK DR ALAN WONG
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan “Hello”
daripada kami semua di MELILEA.


Dalam tempoh singkat iaitu hanya 15 tahun, kami telah berkembang daripada satu wawasan yang idealistik menjadi satu realiti yang mengagumkan. Kami telah berjaya membina asas yang kukuh dan memupuk budaya yang terus berkembang maju mengharungi masa yang sukar dan penuh cabaran.

Harapan dan doa saya adalah anda akan membuka diri anda untuk merebut peluang-peluang hebat dalam menikmati kehidupan yang indah dan menyeronokkan dan percaya kepada diri sendiri untuk membuat pilihan yang tepat demi kejayaan dan kebahagiaan hidup ini.

DATUK STELLA CHIN